Connect with us

Aplikasi KPM

APDM 2024: Aplikasi Pangkalan Data Murid Login

Published

on

LOGIN APDM

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), adalah satu apps atas talian yang dicipta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Aplikasi ini berfungsi sebagai satu alat untuk mengisi dan menyimpan maklumat berkenaan murid.

Antara maklumat murid adalah, biodata peribadi murid, kehadiran murid, dan banyak lagi.

Aplikasi Pangkalan Data Murid ini juga berperanan penting dalam hal terutamanya ketika mengisi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Ini kerana data yang terdapat dalam sistem ini perlulah ‘seiring’ dengan data yang dimasukkan dalam sistem SAPS.

Selalunya, jika terdapat kesalahan dalam pengisian data, para guru perlulah menghubungi Setiausaha Peperiksaan (SUP) untuk membetulkan ralat yang dihadapi.

Login APDM Online

Anda boleh log masuk melalui link berikut https://apdm.moe.gov.my

apdm log masuk

Selepas masuk ke dalam link berkenaan, masukkan ID pengguna dan kata laluan anda. Jika anda terlupa, boleh klik lupa kata laluan yang tertera pada ruangan untuk log masuk.

Lihat sini untuk melihat manual penggunaan data murid. KLIK sini

Cara memadam murid

Berikut dikongsikan CARA PADAM MURID .

KLIK manual ini.

Bagi kemaskini maklumat murid pula, anda boleh mengikuti panduan yang diberikan pada manual ini.

Klik sini.

Kemaskini Maklumat Bantuan Murid juga boleh dilakukan melalui aplikasi ini.

Klik sini untuk melihat manual.

Semoga panduan ringkas mengenai Aplikasi Pangakalan Data Murid ini dapat membantu anda semua di dalam mengisi dan mengemaskini maklumat murid di sekolah. Jika mempunyai sebarang masalah dan persoalan, boleh hubungi SUP di sekolah anda.

Soalan Berkaitan

Bagaimana jika saya terlupa kata laluan?

Klik link lupa kata laluan, dan anda akan menerima kembali kata laluan anda.

Bagaimana cara memadam murid?

Ikuti manual dan panduan yang kami sediakan di dalam artikel ini.

Cara untuk mengemaskini maklumat murid

Ikuti panduan yang disediakan, manual cara untuk mengemaskini maklumat murid.

Laman web rasmi APDM.

https://apdm.moe.gov.my

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Aplikasi KPM

SePKM 2024: Login dan Semakan Profil Kerjaya Murid

Published

on

By

sepkm login

SePKM adalah Sistem e-Profil Kerjaya Murid yang dibangunkan KPM bagi memantau perkembangan kerjaya pelajar. Ssitem ini dapat membantu membuat penilaian bagi murid di sekolah dan juga lepasan sekolah.

Apa itu SePKM?

SePKM merupakan ringkasan bagi Sistem e-Profil Kerjaya Murid. SePKM mempunyai data rasmi tentang keperibadian personaliti dan minat kerjaya pelajar. Ianya bertujuan untuk memastikan semua murid/ pelajar mempunyai profil tersendiri yang menunjukkan halatuju pendidikan dan kerjaya yang jelas sebelum mereka meninggalkan alam persekolahan.

Sistem ini juga dapat digunakan sebagai panduan untuk sebarang tindakan sususlan berkenaan kerjaya pelajar. Guru juga dapat mengakses data di dalam sistem ini untuk membantu pelajar dengan lebih mudah.

Cara Login ke dalam SEPKM

Untuk login ke dalam Sistem e-profil Kerjaya Murid, ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web https://epkm.moe.gov.my
  2. Pilih kategori pengguna yang terdiri daripada KPM/ JPN / PPD , guru kaunseling ataupun murid.
  3. Masukkan nama pengguna, kata laluan dan nombor kad pengenalan (bagi semakan murid).
  4. dan klik butang masuk.

Ataupun anda boleh klik pada setiap butang di bawah ini mengikut kategori pengguna anda jika ingin log masuk.

Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah
Guru Kaunseling
Murid

artikel lain:

Konsep SEPKM

Berikut adalah carta alir dan gambar rajah menunjukkan konsep Sepkm yang penting dan bertujuan untuk mengetahui dan kenal keupyaan diri serta memberi pendedahan sebelum pelajar menceburi alam pekerjaan.

Dengan adanya sistem ini, ianya dapat membantu pelbagai pihak sama ada pihak sekolah, para guru , ibu bapa dan murid sendiri. Kerana ianya dapat membantu murid untuk melihat perjalanan mereka menuju kerjaya yang dipilih ataupun yang sesuai bagi murid. Dengan itu, secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan minat para murid untuk lebih fokus kepada perkara yang menjurus kepada kerjaya yang sesuai buat mereka.

Continue Reading

Aplikasi KPM

e-Operasi 2024: Login Sistem Kemaskini Data Guru

Published

on

By

sistem eoperasi

e-Operasi berfungsi sebagai satu modul yang melibatkan penguruasan maklumat guru dan juga bukan guru di seklolah. Sistem ini digunakan oleh beberapa kategori pengguna mengikut funsgi tersendiri yang telah ditetapkan.

Apakah itu e-Operasi?

eOperasi adalah satu modul yang berada di bawah sistem yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Ianya dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bahagian Pengurusan Maklumat.

e-Operasi ini dikawal selia oleh Bahagian Pengurusan Sekolah harian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan juga sektor operasi pendidikan KPM.

Kategori Pengguna e-operasi

Terdapat dua jenis kategori pengguna di dalam sistem ini. Ianya adalah;

  • Pengguna: Terdiri daripada pengguna guru dan juga bukan guru.
  • Pentadbir sistem: Pentadbir (admin) dilantik KPM untuk menggunakan modul ini. Ianya adalah pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan juga Sekolah.

Cara login ke dalam e-Operasi

Berikut adalah cara untuk login ke dalam sistem e-Operasi KPM. Caranya adalah dengan;

  1. Layari laman web rasmi e-Operasi pada pautan https://eoperasi.moe.gov.my/
  2. Masukkan ID anda, kata laluan dan juga nombor kad pengenalan.
  3. Klik butang login.

Pada bahagian sebelah kanan halaman login juga terdapat pengumuman terkini berkenaan eOperasi. Anda perlu cakna dan ambil tahu berkenaan pengumuman yang dipaparkan. Ini kerana ianya penting.

Terlupa kata laluan

Jika anda menghadapi kesukaran untuk log masuk ke dalam sistem e-Operasi, contohnya terlupa kata laluan. Jangan risau, ikuti cara ini untuk mendapatkan semula kata laluan anda seterusnya anda akan dapat login seperti biasa ke dalam sitem ini. Jika terlupa kata laluan, ikut cara ini;

  1. Layari laman mendapatkan semula password di https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
  2. Masukkan nombor kad pengenalan.
  3. Klik hantar.

artikel lain:

Soalan Lazim

Apakah laman web rasmi e-Operasi yang boleh saya layari?

Layari laman web https://eoperasi.moe.gov.my

Saya tidak berjaya untuk mengakses laman rasmi e-Operasi.Apa perlu saya lakukan?

Jika anda tidak berjaya memasuki sistem ini, selalunya ianya adalah disebabkan oleh terlalu ramai pengguna mengaksesnya pada masa yang sama. Anda boleh mencubanya sekali lagi pada masa yang tidak ramai mengaksesnya. Sebagai contoh pada awal pagi dan juga lewat malam.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.