Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui sistem SAPS yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sistem SAPS membolehkan pelajar menyemak keputusan peperiksaan dan para guru mengisi markah (key-in) peperiksaan pelajar. Di sini kami berikan panduan ringkas cara untuk membuat semakan keputusan peperiksaan dan cara key-in markah pelajar.
SAPS IBU BAPA dan SAPSNKRA
Terdapat 2 sistem di dalam sistem SAPS iaitu;
- SAPS IBU BAPA
- SAPS NKRA
SAPS Ibu Bapa membolehkan para pelajar dan murid menyemak keputusan peperiksaan yang telah dimasukkan oleh guru ke dalam sistem. Markah peperiksaan akan dipaparkan mengikut mata pelajaran dan juga kedudukan di dalam kelas.
Klik link SAPS IBU BAPA untuk menyemak keputusan peperiksaan anda.
SAPSNKA pula sistem untuk key-in markah pelajar. KPM akan memberikan waktu untuk para guru membuat key-in markah pelajar.
Klik SAPS NKRA untuk mengakses sistem key-in markah guru ini.
Semoga para guru dipermudahkan untuk membuat kemaskini markah peperiksaan pelajar di tahun 2018 ini. Begitu juga para ibu bapa dan pelajar, semoga keputusan peperiksaan pelajar cemerlang.
Dah jadi kebiasaan tiap kali anak exam mesti cek markah dia dekat SAPS.. Tahun ni tiada la pulak.. Teacher kelas dia tak buat.. Kecewa sangat²..đŸ˜¢