Connect with us

Uncategorized

eGTukar 2023: Modul Pertukaran Guru KPM Online

egtukar mohon selesai

Published

on

eGTukar membolehkan para guru membuat pertukaran tempat mengajar sama ada berlainan daerah ataupun pertukaran ke negeri. Permohonan pertukaran ini dibuka setiap tahun mengikut tarikh yang ditetapkan KPM.

Apakah itu EGTukar?

EGTukara adalah satu modul yang dibangunkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan urusan pertukaran ke tempat yang diingini. Seseorang guru itu layak dan lulus bertukar adaklah mengikut kriteria berikut:

  • Terdapat kekosongan jawatan di tempat yang dipohon.
  • Atas kepentingan perkhidmatan.
  • Keperluan opsyen di negeri yang dipohon.

Permohonan eg-tukar secara online ini dibuka kepada guru;

  • Guru cemerlang
  • Guru tingkatan 6
  • Guru penolong gred DG 29,32,34,38,41,42,44,48,52,54

Sebab gagal

Sebab gagal dalam permohonan adalah kerana tidak memnuhi 3 kriteria yang dinyatakan di atas tadi.

Perlu diingat bahawa tempoh perkhidmatan guru di tempat mengajar bukanlah kriteria yang diukur untuk melayakkan guru lulus permohonan pertukaran ke tempat yang diingini.

Cara Login ke Dalam eGTukar

Cara login ke dalam modul pertukaran guru adalah;

  1. layari laman web https://epgo.moe.gov.my/
  2. Masukkan ID pengguna, kata laluan dan kad pengenalan.
  3. Klik daftar masuk.
  4. Tekan teruskan jika popup peringatan dipaparkan.

Cara Membuat Permohonan

Selepas berjaya log masuk, anda boleh mula mohon pertukaran eGtukar dengan cara berikut:

  1. Klik sub menu tertera “Permohonan”
  2. Tandakan tick pada semua syarat permohonan yang dipaparkan.
  3. Klik butang teruskan sehingga sampai ke pilihan jenis pertukaran.
  4. Pilih pertukaran antara bahagian/negeri/agensi jawatan kader.
  5. KLIK teruskan sehingga permohonan anda selesai.

Untuk bahagian sebab mohon tukar, guru perlu melengkapkan sepenuhnya ruangan yang dipaparkan. Pilih kategori jenis sebab utama pertukaran. Anda juga boleh memuat naik dokumen sokongan untuk menyatakan sebab pertukaran sebagai contoh rekod perubatan dan lain-lain.

jangan lupa cetak permohonan selepas selesai

Anda juga dibernarkan untuk edit permohonan anda sekiranya terdapat perubaha yang ingin anda lakukan. Selain itu, anda juga dibolehkan untuk membatalkan permohonan anda jika anda bertukar fikiran untuk tidak ingin berpindah.

Sebab Pertukaran

Tiga sebab/ alasan utama yang dipilih untuk pertukaran adalah;

  1. Sakit kronik
  2. Ancaman keselamatan
  3. Mengikut pasangan.

Untuk alasan-alasan ini, pemohon perlu menyertakan bukti/ dokumen seokongan.

Bagi sakit kronik, satu laporan perubatan dipelrukan yang dikeluarkan dari hospital kerajaan dan disahkan oleh doktor pakar. Manakala bagi ancaman keselamatan pula, satu laporan polis diperlukan sebagai dokumen sokongan. Bagi alasan ketiga, surat arahan pertukaran pasangan diperlukan.

artikel lain:

Adakah terdapat pertukaran suka sama suka?

Mengikut perkara 8 surat pekeliling ikhtisas bil. 3 1975 panduan Bagi Pertukaran Guru-guru, tiada pertukaran sama suka dibenarkan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

BPR 2021: PERMOHONAN,SEMAKAN & LOGIN,KEMASKINI ONLINE

Published

on

By

bpr 2021

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dibuka bermula 15 Januari 2021 sehingga tarikh tutup pada 15 Februari 2021.Kepada sesiapa yang layak memohon BPR, bolehlah mula membuat permohonan secara online.

Permohonan BPR Online

Untuk membuat permohonan, layari laman web: https://bpr.hasil.gov.my

Permohonan baru hanya untuk mereka yang bukan penerima BPN atau BSH sebelum ini. Jika anda merupakan penerima bagi bantuan sebelum ini, boleh terus login dan kemaskini permohonan anda.

Login & Kemaskini BPR 2021

Untuk login , klik pautan: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login

Masukkan id dan kata laluan anda.

Semakan Status

Semakan status boleh mula dibuat pada pertengahan bulan Februari 2021.KLIK DI SINI.

Untuk makluman anda, pembayaran pertama BPR akan mula dikreditkan ke dalam akaun penerima pada hujung bulan Februari 2021. pastikan nombor akaun anda aktif semasa tempoh ini bagi menerima pembayaran pertama.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank yang aktif, pembayaran akan gagal dan pembayaran secara manual/ cash perlu dibuat dengan mengunjungi Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan anda.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.