SePKM adalah Sistem e-Profil Kerjaya Murid yang dibangunkan KPM bagi memantau perkembangan kerjaya pelajar. Ssitem ini dapat membantu membuat penilaian bagi murid di sekolah dan juga lepasan sekolah.
Apa itu SePKM?
SePKM merupakan ringkasan bagi Sistem e-Profil Kerjaya Murid. SePKM mempunyai data rasmi tentang keperibadian personaliti dan minat kerjaya pelajar. Ianya bertujuan untuk memastikan semua murid/ pelajar mempunyai profil tersendiri yang menunjukkan halatuju pendidikan dan kerjaya yang jelas sebelum mereka meninggalkan alam persekolahan.
Sistem ini juga dapat digunakan sebagai panduan untuk sebarang tindakan sususlan berkenaan kerjaya pelajar. Guru juga dapat mengakses data di dalam sistem ini untuk membantu pelajar dengan lebih mudah.
Cara Login ke dalam SEPKM
Untuk login ke dalam Sistem e-profil Kerjaya Murid, ikuti langkah berikut:
- Layari laman web https://epkm.moe.gov.my
- Pilih kategori pengguna yang terdiri daripada KPM/ JPN / PPD , guru kaunseling ataupun murid.
- Masukkan nama pengguna, kata laluan dan nombor kad pengenalan (bagi semakan murid).
- dan klik butang masuk.
Ataupun anda boleh klik pada setiap butang di bawah ini mengikut kategori pengguna anda jika ingin log masuk.
Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah |
Guru Kaunseling |
Murid |
artikel lain:
Konsep SEPKM
Berikut adalah carta alir dan gambar rajah menunjukkan konsep Sepkm yang penting dan bertujuan untuk mengetahui dan kenal keupyaan diri serta memberi pendedahan sebelum pelajar menceburi alam pekerjaan.

Dengan adanya sistem ini, ianya dapat membantu pelbagai pihak sama ada pihak sekolah, para guru , ibu bapa dan murid sendiri. Kerana ianya dapat membantu murid untuk melihat perjalanan mereka menuju kerjaya yang dipilih ataupun yang sesuai bagi murid. Dengan itu, secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan minat para murid untuk lebih fokus kepada perkara yang menjurus kepada kerjaya yang sesuai buat mereka.