e-Operasi 2025: Login Sistem Kemaskini Data Guru

e-Operasi berfungsi sebagai satu modul yang melibatkan penguruasan maklumat guru dan juga bukan guru di seklolah. Sistem ini digunakan oleh beberapa kategori pengguna mengikut funsgi tersendiri yang telah ditetapkan.

Apakah itu e-Operasi?

eOperasi adalah satu modul yang berada di bawah sistem yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Ianya dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bahagian Pengurusan Maklumat.

e-Operasi ini dikawal selia oleh Bahagian Pengurusan Sekolah harian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan juga sektor operasi pendidikan KPM. Selain e-Operasi satu lagi modul dalam SPS adalah IDME KPM.

Kategori Pengguna e-operasi

Terdapat dua jenis kategori pengguna di dalam sistem ini. Ianya adalah;

  • Pengguna: Terdiri daripada pengguna guru dan juga bukan guru.
  • Pentadbir sistem: Pentadbir (admin) dilantik KPM untuk menggunakan modul ini. Ianya adalah pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan juga Sekolah.

Cara login ke dalam e-Operasi

Berikut adalah cara untuk login ke dalam sistem e-Operasi KPM. Caranya adalah dengan;

  1. Layari laman web rasmi e-Operasi pada pautan https://eoperasi.moe.gov.my/
  2. Masukkan ID anda, kata laluan dan juga nombor kad pengenalan.
  3. Klik butang login.

Pada bahagian sebelah kanan halaman login juga terdapat pengumuman terkini berkenaan eOperasi. Anda perlu cakna dan ambil tahu berkenaan pengumuman yang dipaparkan. Ini kerana ianya penting.

Terlupa kata laluan

Jika anda menghadapi kesukaran untuk log masuk ke dalam sistem e-Operasi, contohnya terlupa kata laluan. Jangan risau, ikuti cara ini untuk mendapatkan semula kata laluan anda seterusnya anda akan dapat login seperti biasa ke dalam sitem ini. Jika terlupa kata laluan, ikut cara ini;

  1. Layari laman mendapatkan semula password di https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
  2. Masukkan nombor kad pengenalan.
  3. Klik hantar.

artikel lain:

Soalan Lazim

Apakah laman web rasmi e-Operasi yang boleh saya layari?

Layari laman web https://eoperasi.moe.gov.my

Saya tidak berjaya untuk mengakses laman rasmi e-Operasi.Apa perlu saya lakukan?

Jika anda tidak berjaya memasuki sistem ini, selalunya ianya adalah disebabkan oleh terlalu ramai pengguna mengaksesnya pada masa yang sama. Anda boleh mencubanya sekali lagi pada masa yang tidak ramai mengaksesnya. Sebagai contoh pada awal pagi dan juga lewat malam.

Leave a Comment