Connect with us

Sekolah

Tarikh Peperiksaan UPSR, PT3, SPM Bagi Tahun 2019

Published

on

Tarikh Peperiksaan UPSR, PT3, SPM Bagi Tahun 2019

Tarikh Peperiksaan UPSR, PT3, SPM Bagi Tahun 2019 – Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerbitkan jadual waktu peperiksaan awam bagi tahun 2019 dan garis panduan bersertakan arahan untuk calon menduduki pepeiksaan yang telah dijadualkan berlangsung.

Jadual Peperiksaan tahun 2019 yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia boleh diketahui melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian BPSH.

Kepada calon pepeiksaan awam boleh mendapatkan jadual berkenaan dengan memuat turun sebagai persiapan awal bagi menghadapi peperiksaan calon masing-masing.

Bagi Maklumat lanjut boleh rujuk pada pautan di bawah :

Klik disini ===> https://www.moe.gov.my/index.php/my/

Jadual Peperiksaan bagi tahun 2019 UPSR, PT3, SPM

Jadual Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR 2019

Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR 2019, akan bermula pada hari Khamis iaitu pada tarikh 19 September 2019. Jika mengikut format pada tahun 2019 ini iaitu bermula dengan kertas bahasa Cina dan Bahsa Tamil. Bagi Sekolah Kerajaan pula akan bermula pada 23 September 2019 iaitu pada hari Isnin hingga Khamis.

Jadual Pentaksiaran Tingkatan 3 PT3 2019

Bagi Pentaksiaran Tingkatan 3 PT3, Pentaksiaran pendidikan kesenian akan bermula pada 28 Januari 2019 hingga 12 Julai 2019. Bagi Ujian Lisan akan bermula pada 1 Ogos 2019 hingga 30 Ogos 2019. Bagi bertutur dan mendengar brmula pada 19 Ogos 2019 hingga 20 Ogos. Bagi Ujian Bertulis pula akan bermula pada 17 September 2019.

Ujian Lisan Mendengar hanya ada 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeri dan Bahasa Arab (KBD).

Maharat Al-Quran & Hifz Al-Quran (KBT) – Ujian Tilawah & Ujian Hafazan akan bermula pada 17 September hingga 27 September 2019.

Jadual Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2019

Bagi jadual Sijil Pelajaran Malaysia 2019, Ujian Bertulis akan bermula pada 4 November hingga 4 Disember 2019. Bagi Ujian Lisan pula akan dikemaskini.

Jadual Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan SPMU 2019

Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan SPMU 2019 akan bermula pada 4 Jun bagi Ujian Lisan dan 18 Jun bagi Ujian Bertulis. Kepada mereka yang berminat untuk menduduki SPMU ini boleh merujuk terus kepada PPD atau JPN yang terdekat.

Jadual Pentaksiaran Asas Vokasional 2019

Pentaksiaran Asas Vokasional akan bermula pada 30 September 2019.

Semoga artikel ini dapat memeberikan manfaat yang baik. Kepada semua calon yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun 2019, semoga semuanya berjaya dan lulus dengan cemerlang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending