Connect with us

pendidikan

Semakan Keputusan STAM 2018 Online

Published

on

Semakan Keputusan STAM 2018 Online

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2018 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan STAM 2018 masing-masing dijangka pada tarikh dalam bulan Januari 2019.

Setiap tahun, keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan Januari, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza setiap tahun. Apapun, yang pasti keputusan STAM akan diumumkan keluar pada bulan Januari 2019.

Semakan Keputusan STAM 2018

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan duan mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan STAM iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Pernyataan penuh keputusan keseluruhan peperiksaan STAM 2018 boleh diperoleh melalui sekolah masing-masing manakala keputusan memabitkan calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat calon-calon mendaftar bagi menduduki peperiksaan berkenaan.

Berikut dikongsikan maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta bagi mengetahui dan mendapatkan keputusan STAM tahun 2018 masing-masing.

Tarikh Keputusan STAM 2018 Diumumkan

Tarikh keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 akan dibuka pada 17 Januari 2019 pada hari kahmis, tepat jam 10 Pagi.

Tarikh yang dinyatakan adalah rasmi dari sumber kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Cara Semakan Keputusan STAM 2018

Semakan aplikasi bagi semakan ringkasan keputusan STAM 2018 secara dalam talian (online) hanya diaktifkan bermula pada tarikh pengumuman rasmi.

Semakan Online

klik disini ===> Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2018

Semakan SMS

Taip : STAM (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888

Contoh : STAM MQ027S025 hantar ke 15888

Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa ada tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa ada “selang” dalam ruangan yang telah disediakan.

Semakan secara online hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN yang terdekat.

Kaedah Semakan secar SMS juga disediakan dan perkhidmatan akan diaktifkan dari jam 10:00 pagi, 17 Januari 2019 sehingga jam 6:00 petang 23 Januari 2019.

Keputusan Penuh STAM 2019

i ) Calon Sekolah

  • Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10:00 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan

ii ) Calon Persendirian

  • Calon persendirin akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar STAM.

Semoga perkongsian ini dapat membantu kepada mereka yang ingin membuat semakan STAM 2019. Semoga semua calon yang membuat semakan keputusan STAM 2019 mendapat keputusan yang memuaskan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending