Connect with us

Sekolah

Permohonan Pertukaran Guru egtukar 2019

Published

on

Permohonan Pertukaran Guru egtukar 2019

Permohonan Pertukaran Guru egtukar 2019 – Sistem pengurusan guru (EGtukar) bagi modul pertukaran guru sepanjang tahun 2019 di seluruh negeri Malaysia kini dibuka kepada capaian permohonan untuk para guru-guru yang ingin membuat pertukaran ke negeri atau daerah pilihan.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan operasi pertukaran guru tiga kali setahun iaitu bulan Januari, April dan September.

Untuk pertukaran tahun 2019, maklumat akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi di mana tarikh permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul EGtukar secara dalam talian.

Permohonan EGtukar Tahun 2019 Modul Pertukaran Guru KPM

Permohonan setiap pertukaran guru yang terlibat bagi tahun 2019. Antara Bahagian / Negeri, antara Daerah dan Dalam Daerah adalah untuk pegawai perkhidmatan pendidikan gred seperti berikut :

  • DG29, DG32 (KUP TIME-BASED), DG34 (KUP TIME-BASED), DG38 (KUP TIME-BASED)
  • DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED), DG48 (KUP TIME-BASED)
  • DG48 (KUP TIME-BASED), DG54 (KUP TIME-BASED)

Tarikh Permohonan EGtukar 2019

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh permohonan EGtukar guru bagi tahun 2019 :

Permohonan Pertukaran EGtukar Guru bagi tahun 2019 akan dibuka pada bula Februari 2019 dan ditutup pada bulan Mac 2019. Bagi hari atau waktu yang rasmi akan dikemaskini.

Permohonan Prtukaran EGtukar Guru melalui Online

Klik disini : Sistem Alikasi EGtukar Permohonan Pertukaran Guru

Bagi yang pertma kali menggunakan sistem pertukaran guru secara online perlu mendaftar terlebih dahulu ( Sign Up ) menerusi judul pautan dibawah bagi membolehkan sistem tersebut dapat diakses sepenuhnya.

Klik disini ==> Dapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan

Prinsip Pertukaran Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjelaskan bahawa pertukaran dan penempatan guru ke sekolah di seluruh negra adalah berdasarkan kepada kepentingan-kepentingan Perkhidmatan.

Prinsip yang digunakan KPM dalam melaksanakan proses Penempatan dan Pertukaran guru adalah berdasarkan kepada lebohan gutru, kekurangan pengisian perjawatan guru dan keperluan opsyen di sesebuah negeri.

  1. Lebihan Guru – bermaksud terdapat lebihan pengisian guru disesebuah negeri jika dibandingkan dengan perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat
  2. Kekurangan Pengisian Perjawatan Guru – Bermaksud adanya sejumlah perjawatan guru yang masih kosong dan boleh diisi jika dibandingkan dengan jumlah perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi.
  3. Keperluan Opsyen – Bermaksud guru mengajar berdasarkan kepada bidang pengkhususan mereka.

Selamat membuat Permohonan EGtukar Guru 2019 . Semoga semuanya berjalan dengan lanjar dan berjaya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending