Connect with us

Permohonan

Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020 KPM

Published

on

Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020 KPM

Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020 KPM – Kemasukan anak ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2020 boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup. Permohonan boleh dilkukan secara dalam talian ( Online ) ataupun secara manual melalui sekolah yang dimohon.

Pendidikan Prasekolah amat penting bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai satu persediaan apabilah melangkah ke sekolah rendah.

Tarikh Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020 KPM

Tarikh bagi permohonan Prasekolah 2020 adalah penting bagi ibu bapa atau penjaga yang memohon kemasukan anak-anak ke Prasekolah. Berikut disertakan maklumat berkaitan dan tarikh-tarikh penting bagi permohonan kemasukan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2020 melalui atas talian (online) dan melalui manual.

Secara Dalam Talian (Online)

Bagi ibu bapa atau penjaga yang membuat permohonan melalui atas talian (online), tarikh buka permohonan akan dibuka mulai pada 1 Mac 2019 dan akan ditutp pada 30 April 2019.

Untuk makluman, bagi pengguna yang baru (Pertama Kali) menggunakan sistem E-Prasekolah ini perlu mendaftar terlebih dahulu (Daftar Pengguna) bagi membolehkan sistem borang permohonan online dapat diakses sepenuhnya. Hanya ibu, bapa, penjaga sahaja yang dibenarkan mendaftar.

Bagi ibu, bapa, penjaga yang telah mendaftar sebagai pengguna sistem E-Prasekolah sebelum ini, tidak perlu lagi membuat pendaftran pengguna lagi dan hanya Log Masuk sistem E-Prasekolah dengan menggunakan No. Mykad dan katalauluan yang didaftarkan.

Klik disini ===> Aplikasi E-Prasekolah

Maklumat lengkap dan panduan permohonan sudah tersedia melalui menu yang terdapat dalam sistem e-Prasekolah.

Bagi melancarkan permohonan, ibu bapa/penjaga dinasihatkan untuk menggunakan web browser Google Chrome.

Secara Manual

Bagi ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat Permohonan Kemasukan Prasekolah Pemilihan sekolah hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.

Berikut dikongsikan Manual Pengguna bagi Permohonan Kemasukan Prasekolah.

Klik disini ===> Manual Pengguna Bagi Pemohon

Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020 KPM

Berikut adalah syarat bagi Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020 KPM.

  1. Anak mestilah warganegara Malaysia sahaja
  2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015 sahaja yang layak untuk memohon masuk ke prasekolah.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending