Connect with us

Sekolah

Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin 2019

Published

on

Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin 2019

Permohonan Bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin 2019 – Selain daripada bantuan awal persekolahan, Kementerian Pendidikan juga telah memperkenalkan satu bantuan bagi pelajar miskin iaitu skim Kumpulan Bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin atau nama singkatannya KWAPM.

Bantuan KWAPM ini dibuka setiap tahun dan akan disalurkan kepada pelajar yang layak atau disahkan sebagai kategori miskin. Bantuan KWAPM ini juga akan membantu mengurangkan beban keluarga pelajar yang kurang berkemampuan.

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin KWAPM telah ditubuhkan dengan objektif utama adalah untuk menyalurkan bantuan secara khusus kepada pelajar miskin berkewarganegaraan Malaysia yang bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Bantuan ini diberikan kepada semua bangsa dan agama. Bantuan ini diberikan juga agar dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta membina kecermelangan pelajar secara menyeluruh.

Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin 2019

Sebanyak RM100 disediakan untuk setiap murid sekolah rendah yang layak menerima, manakala pelajar sekolah menengah akan menerima bantuan sebanyak RM150 bagi bantuan am persekolahan meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain barang keperluan sekolah.

Syarat Kelayakan Permohonan KWAPM 2019

Bagi memohon bantuan KWAPM, pemohon hendaklah memenuhi beberapa syarat kelayakan yang tertera sperti dibawah :

  • Pelajar Warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah atau Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan ( Tahun 1 hingga Tingkatan 1 )
  • Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH dan eDamak yang telah disahkan status kemiskinannya sebagai Miskin atau Miskin Tegar sahaja.
  • Keluarganya yang miskin berpendapatan di bawah “pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut :
  • Pelajar Bukan penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.

Cara Permohonan KWAPM Kupulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Permohonan bagi Bantuan Kumpulan Amnah Wang Amanah Pelajar Miskin KWAPM akan dilakukan secara automatik melalui pengemaskinian data maklumat yang telah diberikan oleh guru yang bertugas di sekolah dan juga penyelarasan maklumat dengan beberapa jabatan lain untuk verifikasi. Berikut di bawah adalah pautan carta aliran proses permohonan bagi ketiga-tiga kategori

Carta Aliran Proses Permohonan Bantuan KWAPM ( Permohonan Sekolah )

Maklumat Lanjut Bantuan KWAPM

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai KWAPM boleh dikemukakan kepada :

  • Alamat : Unit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Kewangan, Aras 6-7, Blok E 12, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604, Putrajaya.
  • Telefon : 03-8884-7002, 03-8884-7091, 03-8884-7088. 03-8884-7020, 03-8884-7647, 03-8884-7303
  • Emel : kwapm@moe.gov.my

semoga perkongsian ini dapat membantu kepada semua pemohon yang memohon KWAPM 2019.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending