Connect with us

Sekolah

Permohonan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab Sekolah Agama 2019

Published

on

permohonan sekolah al-syahadah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjemput para murid lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk membuat permohonan kemasukan ke sekolah Agama bagi aliran Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab bagi tahun 2019. Aliran ini merupakan aliran yang menggabungkan beberapa silibus kurikulum tahfiz. Di sini kami kongsikan berkenaan permohonan ini.

permohonan sekolah al-syahadah

Syarat Permohonan Al Syahadah Al Ulya Ulul Albab 2019

Murid yang ingin membuat permohonan kemasukan bagi aliran ini perlulah memenuhi sarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia dan Berumur tidak lebih 16 tahun pada 1 Januari 2019.
  • Mempunyai keputusan PT3 yang cemerlang¬† sekurang-kurangnya 6A.
  • Menghafaz Alquran sekurang-kurangnya 20 Juzuk dan mendapat pengesahan dari pihak sekolah.
  • Menghadiri sesi temuduga.
  • Bersetuju untuk menamatkan program ini sehingga tamat tingkatan 5.

Cara Membuat Permohonan Sekolah Agama Tahfiz Al Syahadah

Anda boleh membuat permohonan melalui cara berikut:

  1. Layari laman web ini. MOHON
  2. Isi borang dengan lengkap.
  3. Pastikan anda mengisi maklumat yang tepat.
  4. Permohonan mula dibuka pada 1 Disember 2018.

Semakan keputusan Permohonan

Keputusan permohonan ini boleh mulai disemak pada tarikh 28 Disember 2018 melalui pautan ini: SEMAK

Manakala bagi calon yang telah melalui temuduga pula boleh menyemak keputusan melalui pautan ini: SEMAK TEMUDUGA

Tarikh tutup permohonan: 17 Disember 2018

Jika terdapat sebarang persoalan, bolehlah hubungi:

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2
NO 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p : Sektor Kemajuan Sekolah Agama)
No. Telefon : 03-8321 7336
E-mel : yusnidah.mahat@moe.gov.my

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemohon Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab.

1 Comment

1 Comment

  1. mrhanafi

    December 6, 2018 at 1:11 pm

    boleh tahan juga kelayakan untuk memasuki sekolah ini..

    kira terbaik dan bernasib baik untuk mendapat tempat di sekolah yang berprestij…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending