Connect with us

Aplikasi KPM

e-Operasi 2023: Login Sistem Kemaskini Data Guru

Published

on

sistem eoperasi

e-Operasi berfungsi sebagai satu modul yang melibatkan penguruasan maklumat guru dan juga bukan guru di seklolah. Sistem ini digunakan oleh beberapa kategori pengguna mengikut funsgi tersendiri yang telah ditetapkan.

Apakah itu e-Operasi?

eOperasi adalah satu modul yang berada di bawah sistem yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Ianya dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bahagian Pengurusan Maklumat.

e-Operasi ini dikawal selia oleh Bahagian Pengurusan Sekolah harian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan juga sektor operasi pendidikan KPM.

Kategori Pengguna e-operasi

Terdapat dua jenis kategori pengguna di dalam sistem ini. Ianya adalah;

  • Pengguna: Terdiri daripada pengguna guru dan juga bukan guru.
  • Pentadbir sistem: Pentadbir (admin) dilantik KPM untuk menggunakan modul ini. Ianya adalah pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan juga Sekolah.

Cara login ke dalam e-Operasi

Berikut adalah cara untuk login ke dalam sistem e-Operasi KPM. Caranya adalah dengan;

  1. Layari laman web rasmi e-Operasi pada pautan https://eoperasi.moe.gov.my/
  2. Masukkan ID anda, kata laluan dan juga nombor kad pengenalan.
  3. Klik butang login.

Pada bahagian sebelah kanan halaman login juga terdapat pengumuman terkini berkenaan eOperasi. Anda perlu cakna dan ambil tahu berkenaan pengumuman yang dipaparkan. Ini kerana ianya penting.

Terlupa kata laluan

Jika anda menghadapi kesukaran untuk log masuk ke dalam sistem e-Operasi, contohnya terlupa kata laluan. Jangan risau, ikuti cara ini untuk mendapatkan semula kata laluan anda seterusnya anda akan dapat login seperti biasa ke dalam sitem ini. Jika terlupa kata laluan, ikut cara ini;

  1. Layari laman mendapatkan semula password di https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
  2. Masukkan nombor kad pengenalan.
  3. Klik hantar.

artikel lain:

Soalan Lazim

Apakah laman web rasmi e-Operasi yang boleh saya layari?

Layari laman web https://eoperasi.moe.gov.my

Saya tidak berjaya untuk mengakses laman rasmi e-Operasi.Apa perlu saya lakukan?

Jika anda tidak berjaya memasuki sistem ini, selalunya ianya adalah disebabkan oleh terlalu ramai pengguna mengaksesnya pada masa yang sama. Anda boleh mencubanya sekali lagi pada masa yang tidak ramai mengaksesnya. Sebagai contoh pada awal pagi dan juga lewat malam.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Aplikasi KPM

Semakan Keputusan SPM 2022 Online & SMS ( Jun 2023)

Published

on

By

semakan keputusan spm 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis). Tercatat sebanyak 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2022 di 3,355 pusat peperiksaan di seluruh negara. Selain itu, seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik untuk menjalankan keseluruhan peperiksaan ini.

Bagi calon sekolah, keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 boleh diperoleh melalui sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Sementara itu, calon persendirian akan menerima keputusan peperiksaan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Cara Semakan Keputusan SPM

Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian juga mempunyai pilihan untuk memeriksa keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian: Calon boleh mengakses laman web myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.
  2. Melalui sistem pesanan ringkas (SMS): Calon boleh mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan menghantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.

KPM turut mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon SPM Tahun 2022 yang telah menjalani peperiksaan dengan jayanya. Keputusan ini merupakan titik permulaan bagi mereka untuk melangkah ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi atau memulakan kerjaya yang diidamkan.

Jadual Keputusan SPM 2022

Jadual Aktiviti:

AktivitiTarikh
Peperiksaan SPM Tahun 2022
Pengumuman keputusan SPM Tahun 20228 Jun 2023 (Khamis)
Penerimaan keputusan oleh calon sekolah8 Jun 2023
Penghantaran keputusan kepada calon persendirian8 Jun 2023
Semakan dalam talian8 Jun 2023 – 14 Jun 2023
Semakan melalui SMS8 Jun 2023 – 14 Jun 2023
Continue Reading

Aplikasi KPM

SePKM 2023: Login dan Semakan Profil Kerjaya Murid

Published

on

By

sepkm login

SePKM adalah Sistem e-Profil Kerjaya Murid yang dibangunkan KPM bagi memantau perkembangan kerjaya pelajar. Ssitem ini dapat membantu membuat penilaian bagi murid di sekolah dan juga lepasan sekolah.

Apa itu SePKM?

SePKM merupakan ringkasan bagi Sistem e-Profil Kerjaya Murid. SePKM mempunyai data rasmi tentang keperibadian personaliti dan minat kerjaya pelajar. Ianya bertujuan untuk memastikan semua murid/ pelajar mempunyai profil tersendiri yang menunjukkan halatuju pendidikan dan kerjaya yang jelas sebelum mereka meninggalkan alam persekolahan.

Sistem ini juga dapat digunakan sebagai panduan untuk sebarang tindakan sususlan berkenaan kerjaya pelajar. Guru juga dapat mengakses data di dalam sistem ini untuk membantu pelajar dengan lebih mudah.

Cara Login ke dalam SEPKM

Untuk login ke dalam Sistem e-profil Kerjaya Murid, ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web https://epkm.moe.gov.my
  2. Pilih kategori pengguna yang terdiri daripada KPM/ JPN / PPD , guru kaunseling ataupun murid.
  3. Masukkan nama pengguna, kata laluan dan nombor kad pengenalan (bagi semakan murid).
  4. dan klik butang masuk.

Ataupun anda boleh klik pada setiap butang di bawah ini mengikut kategori pengguna anda jika ingin log masuk.

Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah
Guru Kaunseling
Murid

artikel lain:

Konsep SEPKM

Berikut adalah carta alir dan gambar rajah menunjukkan konsep Sepkm yang penting dan bertujuan untuk mengetahui dan kenal keupyaan diri serta memberi pendedahan sebelum pelajar menceburi alam pekerjaan.

Dengan adanya sistem ini, ianya dapat membantu pelbagai pihak sama ada pihak sekolah, para guru , ibu bapa dan murid sendiri. Kerana ianya dapat membantu murid untuk melihat perjalanan mereka menuju kerjaya yang dipilih ataupun yang sesuai bagi murid. Dengan itu, secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan minat para murid untuk lebih fokus kepada perkara yang menjurus kepada kerjaya yang sesuai buat mereka.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.